SEPERTI dijangka, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila membenam pemain Ireland, Scott Evans di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou semalam. Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan Evans dalam pertarungan dua set 21-11, 21-15.
Pada pusingan kedua esok, Chong Wei akan berdepan dengan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka yang menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-15 23-21. Mengenai pertemuannya dengan Hayom, Chong Wei berkata, dia akan lebih fokus kerana pemain muda Indonesia itu telah mempamerkan aksi yang baik sebelum tewas kepadanya di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Sambil itu, Chong Wei dengan serius berkata, kalau boleh beliau ingin bertemu dengan Lin Dan di perlawanan akhir nanti. Kali ini beliau telah bersedia dan ingin menebus kekalahan beliau ditangan Lin Dan pada kejohanan yang sama pada tahun 2012. Mari kita ramai-ramai doakan agar impian Datuk Lee Chong tercapai kali. IBM yakin Datuk Lee boleh dan Malaysia boleh!! ~ IBM
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment