RABU, 08 JANUARI 2014
KATAKAN TIDAK PADA PEKERJA ASING. BANYAK BURUK DARI BAIK
Satu langkah yang bijak. Kini, Restoran berkonsepkan makanan segera di negara ini tidak akan dibenarkan menggaji pekerja asing bagi membolehkan rakyat Malaysia diberi keutamaan untuk bekerja di premis itu, kata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin. Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa itu semasa mesyuarat di sini, Selasa. Ramai rakyat tempatan masih berminat untuk bekerja di restoran makanan segera. Kemahiran memasak yang diperlukan di kedai makanan segera tidak begitu mencabar seperti di restoran lain dan mudah dipelajari melalui latihan.
Malah, kerja-kerja itu menjadi pilihan rakyat tempatan terutamanya golongan belia, lepasan sekolah dan pelajar universiti , untuk menimba pengalaman dalam industri makanan dan minuman dan sebagai sumber pendapatan, sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa, katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu. Difahamkan bahawa terdapat permohonan oleh pengusaha makanan segera untuk mengambil pekerja asing tetapi ia ditolak oleh Kerajaan.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua setengah jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas. Wow!!...hebat-hebat belaka Pak Menteri yang hadir ni. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut bila ianya akan dikuatkuasakan.
Dengan itu IBM ucapkan syabas dan tahniah kepada Tim. Perdana Menteri kerana sedikit sebanyak ianya dapat menolong para pekerja tempatan untuk mencari rezeki dan menambahkan duit poket mereka. Setuju sangat. Maka, perkara ini harus di ambil serius oleh pengusaha restoran makanan segera. Kan ramai lagi rakyat kita yang ingin berkerja. Lagi pun apa istimewa sangat tentang pekerja warga asing ni. Bagus benar ke depa tu? Harap bila buat order nanti, tidak le selalu salah. Orang kita, bahasa kita. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment