Pages

Saturday, January 11, 2014

APA CERITA NI ZAHID...TAKUT KE??

SABTU, 11 JANUARI 2014
Berita kurang yang enak di dengar dan kalau boleh tak mahu dengar pun. Cukup mengecewakan apabila DS Dr Zahid Hamidi kata,  Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) tidak akan di wujudkan semula.  Apa cerita sebenarnya ni Zahid? Takut atau ditekan oleh sesetengah pihak? Mana keberanian yang kamu tunjukkan selama ini? Ekoran kenyataan yang kamu buat ini membuatkan ramai rakyat begitu kecewa kerana statement yang kamu buat itu, iaitu kemungkinan kerajaan akan meminda akta keselamatan sedia ada atau mewujudkan akta-akta baharu yang bersesuian, tidak boleh diterima oleh rakyat.

Rakyat semua mengharap dan bergantung harapan kepada kamu untuk mengambalikan ISA dengan harapan supaya segala jenayah berat dapat dikurangkan, dan juga kepada mereka (pembangkang) yang suka membuat negara huru-hara dan tidak lagi menghormati undang-undang negara. IBM percaya, Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri juga Ketua Polis Negara DS Khalid yang menyuara dan mencadangkan supaya ISA di kembalikan baru-baru adalah orang yang amat-amat kecewa bila mendengar berita ini.

Maka, dengan itu, ramai yang berharap supaya DS Dr Zahid Hamidi mengkaji kembali dengan penuh teliti kerana ini adalah untuk kebaikkan dan maruah negara. Jangan terlalu tunduk dengan tekanaan dari pembangkang kerana mereka akan berdondang sayang sekiranya proposal ini di tolak. Fikir-fikirkan wahai DS Dr Zahid. Jangan bila sampai nasi dan jadi bubur baru nak mulakan semula. Ketika itu, menanggis air mata darah sekali pun tak ada gunanya. Segalanya sudah terlambat.

Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. sebelum pemilihan umno tempohari, begitu hebat serangan kepada pengonar-pengonar kesejahteraan rakyat. ops itu ops ini, sampai lumat dikerjakan para penjenayah. berapa ramai penjenayah dah jadi arwah. bagus, dan itupun kehendak rakyat. segelintir perosak perlu dihapuskan untuk kemaslahatan rakyat terbanyak. isu syiah, hebat sungguh serangannya. nama mat sabu tak pasal2 jadi masyhur. ada bukti gred B lah, gred A lah dan berbagai-bagai lagi. kira mat sabu, nak berakpun tak senang. sakit perut memanjang. habis sahaja pemilihan, dan apa yang dihajati telah diperolehi, sikit-sikit 'air banjirpun mula surut'. anggapan masyarakat terbanyak agar perang melawan jenayah, melawan kumpulan minoriti yang mencabar perlembagaan dan memecahbelahkan masyarakat diperhebatkan, rupa2nya adalah harapan palsu. hampir senyap sunyi. isu kalimah Allah, comango, melanggar keputusan mahkamah, rampasan bible berkalimah Allah dalam bahasa melayu dan iban dan lain2 sudah tidak diambil pusing. tiada apa2 statement berkaitan isu tersebut. tin yang dulu begitu hebat berbunyi, pantang diketuk kini sunyi sepi. itulah politik malaysia. ke hulu kena tipu, ke hilir kena kencing, nasib melayu malaysia.

    ReplyDelete
  2. Salam usin,

    Politik 'hangat2 tahi ayam' le namanya tu. Bersemangat tanpa hala tuju, Kini, sepi dan seolah2 ianya tidak relevan langsung. Memang inilah politik yg menyusahkan rakyat. Rakyat kini berbelah bagi yg mana satu btl yg mana satu salah. Rakyat digunakan semasa PRU, lepas tu, suara rakyat langsung x mahu dgr.

    Ayu kerajaan, bangkit dan dgr denyutan nadi rakyat. Jgn sampai mereka bangun dan menukar kerajaan yg baru.

    ReplyDelete