Pages

Friday, January 31, 2014

APA KE JADAHNYA. DUIT SURAU PUN DEPA NAK GASAK. BERAPA SEN SANGAT LE TU??

JUMAAT, 31 JANUARI 2014.

KES MAHKAMAH
Curi Duit Tabung Surau, Pencuci Pinggan Sambilan Dipenjara 12 Bulan

Gara-gara mencuri RM250 duit tabung sebuah surau di sini atas alasan mahu membeli makanan, seorang lelaki dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis. Majistret Muhammad Najib Ismail memerintahkan Shamsul Azlan Saad, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 25 Januari lalu selepas dia mengaku bersalah.  Kata Majistret Muhammad,  hukuman ini dibuat setelah mengambil kira faktor kepentingan awam. Tertuduh tiada rekod jenayah lampau. Kalau kita seorang yang betul, iman kita kuat, kita tak akan tergamak mencuri duit tabung surau.
Berkemungkinan penjenayah itu ada masalah dengan iman. Jadi, Majistret Muhammad menasihati supaya si penjenayah kaji balik hubunganya dengan Allah dan manusia. Semoga dalam tempoh beliau di dalam penjara nanti, dapat muhasabah diri beliau, kata Muhammad Najib. Tertuduh yang bekerja sebagai pencuci pinggan sambilan mencuri RM250 duit tabung Surau An Nur di Bukit Gedung, Bayan Baru pada 4 pagi, Sabtu lepas. Shamsul Azlan yang juga menghidap sawan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Apa barang le budak si Shamsul ni. Duit surau kan banyak mana pun. Baik pergi rompak duit kat mesin ATM tu. Bebaloi le sikit. Apapun lega sikit juga lah budak Shamsul ni. Masuk penjara makan ditanggung beres. Grantee tak miss punya. Hehehehe....Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment