Pages

Thursday, January 23, 2014

HARAPAN MICHAEL SCHUMACHER UNTUK TERUS HIDUP AGAK TIPIS

KHAMIS, 23 JANUARI 2014
Senyum dari seorang Juara dunia yang kini kritikal menyabung nyawa untuk hidup

TERKINI, keadaan juara Formula 1 dunia sebanyak 7 kali, Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan 'vegetatif' berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor 1 itu sembuh seperti sedia kala. Lagenda F1 dari Jerman yang berusia 44 thun itu berada dalam 'koma' selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Prancis pada disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor yang merawatnya bimbang sekiranya otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik. Laporan itu juga menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan dan minum sendiri.

Koma yang dialami oleh Schumacher memerlukan masa untuk sembuh. Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkali Schumacher untuk sembuh ada, tapi, tipis. Kepada peminat-peminat motor F1 dan juga Schumacher, marilah kita sama-sama mendoakan agar bekas juara Formula 1 ini cepat sembut.

Majulah sukan untuk negara. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment