Pages

Monday, January 13, 2014

INI BARU BETUL. TAK LE MENYUSAHKAN RAKYAT. TERIMA KASIH KERAJAAN!!

ISNIN, 13 JANUARI 2014
Terima  kasih..terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kerana mendengar denyut nadi rakyat dan juga permasalahan yang rakyat semua hadapi. Berita yang mengembirakan kepada semua penerima bantuan BR1M 2014.  Mereka tak perlu lagi beratur seperti tahun-tahun yang sudah untuk mengambilnya. Apa yang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini buat ialah mereka diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Januari bagi proses pembayaran.

Itu berita gembira yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Katanya, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini. Dan katanya lagi, penerima BR1M yang tidak ada akaun ini tidaklah begitu ramai, kira-kira 10 peratus sahaja,... sejak program BR1M dilaksana dua tahun lepas, kita mahu adakan penambahbaikan, kita akan masukkan terus ke dalam akaun bank, lebih selamat katanya.

Beliau juga berkata mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan berkeluarga serta individu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 yang menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi, sebaliknya hanya perlu memaklumkan nombor akaun bank sahaja kepada LHDN, jika belum berbuat demikian. Bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 serta berkeluarga namun tidak pernah menerima bantuan itu, perlu mendaftar dengan LHDN sebelum 31 Januari ini, katanya.

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Sememangnya kerajaan UMNO/BN begitu prihatin, rakyat didahulukan. Cuma IBM nak nasihatkan kepada semua. Bila dapat duit tu, berjimat-jimat dan berbelanjalah dengan berhemah. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment