PARLIMEN PETALING JAYA UTARA DIABAIKAN OLEH SI PUAKA NI
OLEH kerana malu, rahsia jenayah yang dilakukannya terbongkar, Tony Pua@Puaka ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari parti DAP, cuba mengalih pandangan umum bahawa dia bersih dari rekod jenayah. Ini gara-gara kes jenayah yang dilakukannya di Singapura dan beliau telah ditahan oleh Polis Singapura. Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika itu menjawat sebagai Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak. Oleh kerana malu di atas penedahan dan penerbitan artikel tersebut yang kononnya satu fitnah, Tony Puaka menfailkan saman fitnah terhadap mereka berdua.
Dalam saman itu, Pua menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan, Kumpulan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama hingga ketiga. Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Thomas Philip pada 9 Disember tahun lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Norliza Hussin. Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Kumpulan Utusan Melayu, memberitahu pemberita bahawa Norliza menetapkan 11 Feb 2014 untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.
Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid menyebabkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Tony Pernah Ditahan di Singapura' itu diterbitkan, dan defendan kedua dan ketiga gagal untuk mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011. Beliau turut mendakwa artikel itu memberi gambaran seoalah-olah bahawa beliau pernah ditangkap oleh polis di Singapura kerana melakukan kesalahan jenayah dan pernah dituduh di mahkamah. Pua yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP, mendakwa ekoran artikel fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai anggota Parlimen telah terjejas dan kesemua pihak gagal menarik balik artikel berkenaan walaupun notis tuntutan telah dihantar pada 17 Jun tahun lepas.
Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. Tapi, jenis jenayah apa yang dilakukan oleh Tony di Singapura tidak pula dinyatakan. Jenuh IBM cari sebab-sebabnya, tidak berjaya. Dari sini kita boleh bayangkan wajah sebenar wakil rakyat pembangkang ni. Terkena pada hidung depa, amboi, cepat betui depa melenting. Terus je saman. Apapun, kepada DS Dr Zahid dan Datuk Abdul Aziz, lawan tetap lawan, jangan tak lawan si Tony puaka ni.
Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment