Pages

Monday, January 20, 2014

KHALID GAGAP SAHKAN TIADA TEMPAT BAGI AZMIN DI SELANGOR. WOW!! POWER TU!!

ISNIN, 20 JANUARI 2014
SELAGI Khalid gagap ada kat Selangor ni, jangan harap Azmin Ali boleh pegang jawatan tertinggi di Selangor ni, termasuklah jawatan Menteri Besar Selangor. Itu kata dan andaian dari seorang penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang (gambar bawah kanan). Katanya, memang sukar bagi Azmin. Ini berdasarkan, Khalid masih mempunyai ramai pengaruh dan pengikut di Selangor ini. Ini terbukti apabila Azmin telah disingkir daripada ahli Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Memang itu kuasa Menteri Besar untuk melantik dan menyingkir seseorang dari anak Syarikat Kerajaan negeri Selangor, termasuklah Azmin sendiri.

Sebenarnya persengkataan antara Khalid dan Azmin ni dah lama berlaku, berlarutan hingga ke hari ini. Masing-masing merancang untuk menjatuhkan sesama sendiri. Azmin cuba menggunakan pengaruh PUNAHSIHAT, Anwar Ibrahim, Parti Kelentung Rakyat (PKR) untuk menyingkir si Khalid gagap. Tapi, tidak berjaya, kerana Anwar tahu akan akibatnya sekiranya beliau menyingkir Khalid atau menyebelahi, berpihak pada Azmin Ali. Apapun pergeselan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat terutamanya melibatkan PKR, tidak menjejaskan parti itu, malah ahli parti dan rakyat masih kuat dibelakang mereka. 

Contohnya, semasa PRU ke-13 yang lalu. Mereka terus di percayai dan diterima oleh rakyat negeri Selangor sehingga mereka (PR) menang dengan selesa dan bergaya iaitu 2/3 majoriti. Kuat tu. Apapun, IBM harap ini tidak melemahkan semangat parti kita (Umno/BN) untuk terus berusaha untuk merampas kembali Selangor dari pakatan rakyat. Berbalik kepada pergeselan antara Khalid dan Azmin, harap rakyat di Selangor ini dapat menilai sejauh mana kewibaan pakatan rakyat  yang kononnya kerajaan 'berkebajikan' membantu rakyat. Adalah mereka ini benar-benar ingin membela nasib rakyat, atau mereka berjuang, berpolitik semata-mata untuk mengisi 'tengkolok' dan mencari kekayaan?

Jadi, apa yang disuarakan oleh Datuk Seri Azman Ujang, ada lojiknya. Diharap pertelingkahan kedua-dua pemimpin PKR ini akan berterusan dan kita lihat sapa yang kena  nanti. Adakah Khalid akan terus gagap atau si Azmin yang akan terus kempunan untuk menjadi Menteri Besar, sama seperti bossnya si al-juburi, kempunan sampai ke tua nak jadi Perdana Menteri. Untuk cerita lanjut, mai SINGGAH jap dan baca. Baca jangan tak baca. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

No comments:

Post a Comment