02 JANUARI 2014 KHAMIS
Setelah mengalami dua kekalahan tipis berturut-turut di tempat lawan, Liverpool kembali menyerlah menang 2-0 ke atas Hull City Tiger di Anfield malam tadi. Liverpool menguasi perlawanan di babak pertama dengan menyerang bertubi-tubi ke kubu lawan. Hasil dari itu, di minit ke 36' Stadium di Anfield bergema dengan sorakkan peminat-peminat the reds apabila Daniel Agger menanduk masuk dari hasil tendangan sudut untuk Liverpool mendahului Hull City. Walaupun beberapa peluang terhidang di depan gol, namun Liverpool tidak berhasil menambahkan gol.
Dibabak kedua permainan nampak seimbang. Hull City cuba menampakkan kebangkitan, tapi pertahanan Liverpool bermain cemerlang mengaggalkan percubaan Hull City untuk mencari gol penyamaan hinggalah di minit 50' separuh masa kedua, pemain paling berharga Liverpool, Luis Suarez menjaringkan gol kedua Liverpool hasil tendangan bebas di luar petak penalti Hull City. Sekali lagi Stadium Anfield gemuruh dengan sorakkan peminat-peminat Liverpool menjadikan kedudukan Liverpool 2 Hull City 0. Kesimpulan permainan malam tadi, Liverpool sekurang-kurang boleh menjaringkan lebih dari gol kalau tidak kerana kegopahan dan tidak konsisten, iaitu dari Henderson dan Coutinho.
Hujung minggu ini, Liverpool akan berkunjung ke Stoke City. bolehkan Liverpool mendapat 3 mata penuh di sana untuk mengejar dan merapatkan jurang dari lawan-lawannya seperti Arsenal, Manchester City dan Chelsea untuk menduduki ke puncak liga sekali lagi? Sama-sama kita tunggu nanti. Kepada peminat Liverpool, jangan lupa terus menyokong kelab kesayangan anda. Keputusan terkini, Manchester United tewas kepada Spur 1-2 di tempat sendiri. Red Devil kini di tangga ke-enam liga. "You Will Never Walk Alone". Sekian. Majulah sukan bolasepak untuk negara. Dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment