Pages

Tuesday, January 14, 2014

MENGAKU DIRINYA SULTAN MELAKA, AKHIRNYA DITAHAN POLIS!!

SELASA, 14 JANUARI 2014
KADANG-KADANG rasa nak pecah kepala ini memikirkan. Terlalu banyak insiden-insiden yang tak mahu kita dengar dan lihat. Banyak yang melibatkan bangsa melayu. Tak payahlah IBM ceritakan satu-persatu insiden tersebut. Saudara-saudara semua telah pun mengetahuinya melalui akhbar-akhbar, media eletronik, blog dan sumber-sumber yang lain. Dari kelalian dan mementingkan diri sendiri, bangsa dan agama kita sudah mula di persendakan oleh bangsa lain. Ramai diantara mereka (bangsa) lain yang ketawa, bertepuk tangan apabila melihat gelagat kita sesama bangsa berkelahi. Tak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan (mengamalkan ajaran sesat) mengaku bahawa dirinya Rasul melayu terakhir dan banyak lagi kes-kes yang melibatkan orang melayu.

Baru-baru ini di Melaka, negeri bersejarah digemparkan oleh seorang individu yang mendakwa diriya adalah Sultan Melaka. Lelaki itu dikenali dengan nama Noor Jan Shah seorang ahli perniagan. Kecoh satu Melaka dibuatnya. Beliau begitu lantang dan berani mencabar Perlembagaan yang mana perbuataanya itu mencemar institusi Yang di-Pertuan Agung yang menjadi ketua bagi Negeri Selat yang membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak. . Bagi IBM, kenyataan beliau akan membuat orang ramai keliru khusnya rakyat di Melaka. Ekoran dari tu, satu laporan polis telah dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam. Laporan polis dibuat diketuai oleh Presidennya, En Zali Mat Yasin (gambar).

Kini, lelaki tersebut telah ditahan polis ketika hendak ke Pulau Besar yang kononnya untuk menghadiri sambutan Maulidur Rasul serta isitiadat pengurniaan darjah kebesaran di Jeti Anjung Batu, Serkam kira-kira jam 10.45 pagi semalam. Mengikut kata Presiden MGM, En Zali Mat Yasin, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas insividu tersebut bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan gelagat dan dakwaan dibuatnya selama ini. IBM rasa, rakyat negeri melaka tidak sebodoh itu menerimanya tanpa usul periksa. Persoalanya yang timbul di kepala IBM, kenapa baru sekarang manusia yang bernama Noor Jan Shah ini mengaku bahawa dirinya Sultan Melaka (pewaris)? Hehehehe...ada yang tak kena ni.....

Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment