Pages

Tuesday, January 21, 2014

NASIB KHALID DALAM PKR IBARAT 'TELUR DIHUJUNG TANDUK'??

SELASA, 21 JANUARI 2014



RUPA-RUPANYA Menteri Besar Selangor yang gagap ni, Khalid Ibrahim mempunyai ramai musuh di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Dah le gagap, besar kepala pulak tu. Seorang demi seorang pemimpin PKR meluahkan perasaan tidak kepuasan hati pada si Khalid gagap ni. Azmin Ali kena main olehnya, arahan bossnya, Anwar Ibrahim diengkari. Kini, bekas MP Kapar , S. Manikavasagam yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam Pakatan Rakyat pun naik  angin, tak sebulu dengan Khalid dan meminta supaya Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR bahagian Kuala Selangor. Jesteru,  telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding menentang Menteri Besar Selangor itu dalam pemilihan parti PKR sebagai pengerusi di bahagian Kuala Selangor. Pertikaian di antara Manikavasagam dan Khalid itu memang telah diketahui umum .

Baca kenapa S. Manikavasagam (KLIK DISINI) atau lebih mesra dengan panggilan Mike, mahu bertanding dan menentang Khalid pada pemilihan parti akan datang. Nampaknya, pergeselan di dalam parti PKR Selangor begitu meruncing sejak akhir-akhir ini. Bermacam-macam isu yang kita dengar, salah-menyalah diantara mereka. Apakah ini petanda yang parti PKR akan berkubur atau itu hanya sendiwara atau umpan untuk mengaburkan mata parti lawan? Sukar untuk dijawab. IBM harap ianya benar-benar terjadi, PKR bungkus buat selama-lamanya kerana parti ini benar-benar menyusahkan rakyat. Apapun Kita tunggu dan lihat saja episod selanjutnya. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment