Pages

Sunday, January 19, 2014

PANAS!! MACAI KHAI LOON NYARIS DIPUKUL OLEH ORANG RAMAI...

AHAD, 19 JULAI 2014
DI BUKIT MERTAJAM, seorang macai cina bangsat dari PKR, nyaris-nyaris kena belasah oleh orang ramai di  Perhimpunan hari kedua oleh Pemuda UMNO negeri bagi membantah penghinaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri di Pasar Alma dekat sini, bertukar kecoh ekoran seorang lelaki dipercayai penyokong pembangkang memaki hamun mereka. Akibatnya, lebih 30 ahli Pemuda UMNO bertindak mengejar lelaki berkenaan namun keadaan tegang itu berjaya dikawal sepasukan anggota polis yang bertugas di tempat kejadian. Lelaki berkenaan kemudiannya diselamatkan anggota polis bagi mengelak kejadian tidak diingini. 

Kenapa pulak lari dan mencari perlindungan pada polis? kalau nak jadi hero tunggu je le. Lagi pun pembangkang ni kan anti habis kepada polis yang mana setiap perhimpunan haram yang (pembangkang) anjurkan, membuat provokasi sambil berteriak seperti anjing gila mengelar polis 'anjing' kerajaan. Tapi, disaat-saat gentir seperti itu, mereka cari polis untuk mencari perlindungan. Apapun, tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Bukit Mertajam. Tunjuk dan buktikan bahawa Umno tidak rela bangsa dan agamanya di hina, apatah lagi penghinaan itu ditujukan kepada pemimpin nombor satu negara. 


Tapi, satu je pesan IBM, buat tu biarlah sampai ke puncaknya, jangan 'hangat-hangat tahi ayam' seperti apa yang berlaku terhadap isu 'Umno tarik balik saman' terhadap kedua-dua pemimpin pakatan rakyat, Tian Chua dan Mustafa Ali. Bagi IBM ianya memalukan parti Umno itu sendiri, dan Umno telah membuat satu kesilapan yang besar dalam isu tersebut. Bukan sahaja maruah Umno dan orang-orang melayu tercemar, malah bangsa asing tidak lagi menghormati orang-orang melayu yang bodoh dan banggang. Ini adalah gara-gara beberapa pemimpin atasan Umno yang mempunyai agenda mereka tersendiri.

Harap, Umno serta pemuda bahagian Bukit Mertajam dan juga Umno di bahagian-bahagian yang lain mengambil iktibar dan serius di dalam hal seperti itu. Buat, jangan undur. Teruskan wa'ema apa yang berlaku. Maruah bangsa, agama dan negara harus di pertahankan. IBM yakin, akan banyak provokasi dan isu yang akan ditimbulkan oleh pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Itulah strategi mereka (pembangkang) sehingga sampai ke PRU ke-14 nanti. Maka, awas!! kita kena bersedia dari sekarang, jangan leka dan lalai. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment