NAMPAKNYA fitnah pembangkang tak menjadi. Orang ramai mula panik apabila diberitahu bahawa harga minyak petrol Ron95 akan naik tengah malam ini. IBM buat tinjauan dan turun padang mengisi minyak kereta IBM sebentar tadi, IBM dapati harga Ron95 masih harga lama. tiada kenaikan. Memang jelas bahawa segala tomahan dan fitnah dari pembangkang berpapsikan politik yang mana mereka (pembangkang) cuba memburuk-burukan nama kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya tidak mengindah dan prihatin kepada rintahan rakyat jelata. Maka, sebab itulah pembangkang dan beberapa pertubuhan NGO mengajak rakyat jelata turun ke Dataran Merdeka semasa negara kita menyambut kedatangan tahun baru 2014 pada 31 Disember yang lalu.
Kononnya untuk memportes kenaikan harga barang, tapi niat sebenar mereka adalah untuk mengulingkan kerajaan yang sedia ada. Tapi, tuhan itu adil, kerajaan tidak tumbang, malah mereka (pendemo-pendemo) yang diupah, kembali kerumah masing-masing dengan tangan kosong dan hampa. Untuk itu, ini kenyataan Menteri yang bertanggungjawap di atas kenaikkan petrol Ron95 yang di gembar-gemburkan oleh pembangkang :
[KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".
Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.
Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter. Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.] ~ Ehmmmmmm..puas hati tak??
Apabila tangki kereta IBM dah penuh, IBM terus pulang kerumah dengan penuh rasa bersyukur dan puas hati sambil tersenyum sendiri mengingatkan kerenah pembangkang yang tak habis-habis menabur fitnah. Akhirnya niat jahat mereka itu terbongkar dan mereka malu sendiri. Tapi, mereka-mereka tu (pembangkang) memang muka tebal. Mana tahu malu. Malah, IBM pasti mereka akan meneruskan agenda jahat mereka dan akan terus menabur fitnah. Hanya satu pesanan IBM kepada semua. Banyakkan bersabar dan jangan lekas percaya dan terpadaya dengan dakyah kotor pembangkang. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment