Kan IBM dah kata dulu-dulu lagi. Pengarah strategi PKR ni, Rafizi selalu gagal didalam melaksanakan apa jua strategi bagi partinya untuk melemahkan lawannya. Akhirnya, si Rafizi ini menukar strategi beliau dengan mengamalkan ilmu yang boss dia praktik dan selalu guna. Menipu. Itulah strategi baru si Rafizi ini. IBM tak tipu, tapi, itulah realitinya. Mengapalah pemimpin-pemimpin pakatan rakyat berperangai begitu.
Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan bahawa PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya. Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.
Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Betul, ituadalah permainan dari PKR katanya. Tapi, dipihak mereka (PKR) bersedia mengambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. Ia demokratik dan ia juga sadistik. Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah. Kita jelaskan dan kita dah pun minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum. Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno, kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' atau dari 'Kajang ke Sungai Buloh', yang mana satu? Hehehehe.
Apapun, sudah menjadi lumrah dunia bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni. Kalau tak menipu, tak senang duduk dibuatnya. Ada sahaja idea-idea jahat, songsang yang akan mereka ketengahkan, dan akhirnya rakyat yang jadi mangsa. Kita tinggalkan si Rafizi dengan strategi yang tak menjadi, dan kita tinggalkan sebentar akan perihal Anwar Ibrahim yang beria-ia nak jadi Menteri Besar. Biarkan Anwar dengan angan-angan Mat Jeningnya, kerana kalau satu hari tak menipu, bukan Anwar namanya. Awas orang-orang Kajang!! Dajal PKR akan turun ke Kajang bila-bila masa sahaja. Elakkan diri darinya. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment