Pages

Friday, January 10, 2014

RAMAI YANG MAHU 'ISA' DIKEMBALIKAN!!!

JUMAAT, 10 JANUARI 2014
KEMBALIKAN "ISA". Itu maklum balas yang diterima dari orang ramai. Rakyat dah jemu dan bosan dengan keadaan jenayah dan kerenah pembangkang yang kini kian naik tocang dan sudah berani menentang undang-undang negara. Maka, rakyat mendesak agar ianya di kembalikan malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pun berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat. Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini. Beliau menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

Sebagai seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu beliau akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu beliau dalam menjalankan tugas Bagaimanapun, katanya, mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, beliau juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama, katanya. ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas. Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin. Perkara ini juga ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Beliau juga mahu ISA di kembalikan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini. Kenyataan (keratan akhbar) Tun Mahathir seperti di bawah. Bacalah :

Oleh itu, IBM berharap, ianya menjadi kenyataan dan cepat-cepat di luluskan di Parlimen walaupun ianya akan mendapat tentangan dari pembangkang. Bagi IBM, pesetankan dengan kerenah pembangkang samada mereka setuju atau tidak. Ianya mesti dilaksanakan secepat mungkin. Dah pasti ada yang akan bersuara dan berkata, kerajaan takut dan mungkir janji dan akan berbunyi kerajaan sekarang sudah takut dengan bayang-bayang sendiri. Itu karut. Kesabaran di pihak kerajaan ada had dan batasnya. 

Dan...IBM percaya, kalau di buat undian, sudah tentu ramai rakyat akan berpihak kepada kerajaan dan mahu ISA dikembalikan. Kita mahu negara kita aman damai, jenayah berat berkurangan. Tapi, setelah ISA di mansuhkan, lihatlah apa sudah jadi negara kita ini. Bila jenayah berat bertambah, ianya akan membabitkan tidak kestabilan ekonomi. Apabila ekonomi tidak stabil, jenayah berluasa, maka pelancong asing takut untuk datang melancung di negara kita apatah lagi tahun 2014 adalah "Tahun Melawat Malaysia". Maka, sama-samalah kita fikir-fikirkan dan menyokong supaya isa di kembalikan. Wasallam. Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. Bersetujukah menteri yang memansuhkannya dulu? Memansuhkan memang mudah, mengadaknnya memerelukan pemimpin seberani TDM.... Kalau setakat kabinet sedia ada, jangan haraplah nak berani mcm TDM. Semuanya tak bertelor!!!

    ReplyDelete
  2. Salam nonbal,
    Insyallah. Kalau semuanya sepakat ianya boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete