JENAYAH
Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lepas. Mahmoud M. Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris. Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh, manakala Mahmoud tidak diwakili peguam.
Nampaknya ke rogol dibawah umur ini agak meningkat indexnya. Dimana silapnya, salah siapa dan bagaimana untuk mengatasinya?. Dalam hal ini pembangkang dan balaci-balacinya mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan. Ini semua salah BN. Yang betul hanyalah mereka. HAMPEHH!!. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment