Pages

Monday, January 6, 2014

SALAH KE PERDANA MENTERI GUNA PESAWAT KHAS??

ISNIN, 06 JANUARI 2014

Pembangkang Dengki dan cuba cari pasal dengan PM kita
KECOH semalam pasal pengunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Kenapalah nak kecoh-kecoh. Dia orang ni tak ada kerja lain ke?? Asyik nak cari salah orang. kalau tak puas hati ke, tak pasti ke, carilah jalan yang betul bukan hentam tak tentu pasal, Kata orang Jawa, hentam geromo. Cuba baca kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri semalam, ekoran dari tidak kepuasan hati pihak yang tertentu :



[Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri. Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut. Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.


Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan. Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan. Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.



Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat. Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan. Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.]

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya

3 Januari 2014 


Ada faham kah?….lain kali kalau tak faham dan tak pasti, siasat dahulu, jangan asyik nak tembak je. IBM pasti, ini pembangkang punya kerja. Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri kita semua tak betul di mata mereka. Memang dengki betui pembangkang ni. Sekali lagi IBM nak nasihatkan pada sesiapa yang berkenaan, ada otak pakai, ada telinga dengar, ada mulut tutup dan bercakaplah yang sesebenar-benarnya, bukan dusta. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. Replies
    1. Itulah pasal. Pembangkang ni terlalu dengki dengan PM kita, Dengan apa cara sekali pun mereka akan mencari kesalahan PM. Tapi, dasarnya, mereka lagi teruk, menghabiskan duit rakyat….

      Delete