Pages

Monday, January 27, 2014

SESUAIKAN DIRI JIKA MAHU KEKAL RELEVAN, KATA PM

ISNIN, 27 JANUARI 2014
Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan di mata rakyat. Beliau mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini, Isnin ketika merujuk kepada pautan satu berita Bernama semalam. Dalam laporan berita itu, Najib dipetik sebagai berkata Umno perlu bijak meneliti perubahan demografi serta melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya. Ia bertujuan mengelakkan parti itu daripada ditolak masyarakat bandar dan dilihat hanya sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar.


Kepada pemimpin-pemimpin Umno diluar sana tu, dengarlah nasihat daripada Presiden kita ini. Jangan hanya pandai berpolitiking. Rakyat sekarang sudah matang.  Mereka tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Silap langkah, kita akan dihukum pada PRU ke-14 yang akan datang. Oleh itu, jangan leka dan tidur lagi kerana rakyat akan menghukum kita sekiranya kita masih lagi tidak pandai mengambil hati mereka dan menyesuaikan diri seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib itu. 

Untuk itu, marilah kita sama-sama membawa parti Umno, parti keramat ini ketahap yang lebih tinggi sekali gus meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan sama-sama kita buktikan bahawa parti Umno ini masih relevan dan akan terus membela nasib rakyat. Ingat, kalau kita masih menabik dada, tidak turun padang, padah akan menanti kita. Fikir-fikirkanlah. Ini bukan satu amaran, tapi ianya sebagai azimat buat kita untuk menyakinkan rakyat agar mereka akan terus menyokong kita, iaitu parti Umno. Tidak ada lagi istilah bahawa Umno itu 'kebal'. Itu cerita lama.....cerita dulu-dulu.....Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment