HIDUP mati ditangan tuhan. Dia yang berkuasa. Begitulah apa yang terjadi kepada dua orang kanak-kanak yang berada di dalam sebuah kereta Proton jenis Exora yang hampir-hampir mencabut nyawa mereka. Tidak pulak diberitahu ke mana tuan punya kereta pada ketika itu. Belum ada maklumat yang soheh di dalam kejadian tersebut.
Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam. Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar. Maklumat dari Selayang menyatakan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan, manakala sebuah motosikal Kriss yang berdekatan disitu hanya terbakar kira-kira 30 peratus.
Di fahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut, namun dengan kepantasan dan keperhatinan orang awam yang lalu-lalang di tempat parkir itu, mereka berjaya diselamatkan. Bantuan daripada jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4:00 petang. Keadaan di situ terkawal.
Malang memang tak berbau, tapi, sebelum meninggalkan anak-anak kita di dalam kenderaan kita, periksa dahulu samada pintu kereta senang dibuka walaupun dikunci dari dalam. Ini kerana memudahkan sesiapa sahaja yang ada didalam kenderaan sekiranya berlaku kebakaran seperti terjadinya kejadian di Hospital Selayang atau apa sahaja kejadian yang tidak diingini. Berhati-hati! Wasalam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment