Pages

Tuesday, February 18, 2014

AMARAN TUANKU SULTAN SELANGOR : JANGAN LIBATKAN ISTANA DENGAN PRK DUN KAJANG

SELASA, 18 FEBRUARI 2014
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua parti dan ahli politik tidak melibatkan pihak istana dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Baginda bertitah, semua kerabat diraja Selangor juga dilarang campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan pihak tertentu menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan mana-mana parti politik dalam kempen tersebut. "Pihak istana akan kekal sebagai sebuah institusi yang bebas dan tidak condong kepada mana-mana parti politik.

"Selain itu, pihak istana akan terus berpegang pada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan," titah baginda dalam kenyataan di sini hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran terdapat laporan akhbar sama ada media cetak atau elektronik yang memaparkan gambar pemimpin parti politik bersama ahli kerabat diraja Selangor dengan komen yang menunjukkan mereka terlibat dalam kempen PRK DUN Kajang. [Sumber berita : AntaraPos]

KOMEN IBM :
P/S ~  Elok benarlah bila Baginda Sultan Selangor bertitah sedemikian. Kan apa, politik di Selangor ni dah menjadi rojak. Main lanyak je. Ada yang mengaku mendapat mandat atau restu dari Istana dan berbagai-bagai lagi. Dan, ada juga yang tidak mengikut arahan Istana. Depa main langgar je. 

Maka, IBM setuju sangat dengan saranan DYMM Sultan Selangor supaya tidak melibatkan politik dengan Istana kerana pihak Istana adalah institusi bebas. Ada faham semua? Ini adalah pandang ikhlas dari saya ~ IBM.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. mohon dipautkan blog http://paritbuntarrebels.blogspot.com/.blogspot
    dalam bloglist anda
    blog anda sudah dipautkan.
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Admin. Akan saya pautkan. Selamat berjuang.

      Delete