Pages

Thursday, February 27, 2014

ANWAR BERAHIM UMPAMA MELUDAH KE LANGIT KENA MUKA SENDIRI

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
SETIAP kali bila keputusan Pilihanraya diumumkan, samada Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) di umumkan, Anwar Berahim dengan lantang mengkritik dan menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan penipu apabila keputusan tidak memihak kepada partinya. Bermacam-macam tomahan yang beliau lontarkan kepada SPR. Tapi, senario itu kini berbeza. Ini jelas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sekali gus membuktikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan Ketua Pembangkang itu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini tidak benar. Anwar di ibaratkan umpama 'meludah ke langit terkena muka sendiri'.

Semalam IBM terbaca dalam sebuah artikel akan kenyataan dan komen dari seorang veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad (gambar kanan) yang menegaskan, tindakan Anwar itu sekali gus mengiktiraf dan meyakini peranan SPR sebagai sebuah badan bebas dan adil. Malah katanya, kalau kita imbas dan ingat kembali tuduhan yang tidak berasas daripada Anwar dan jika beliau berpegang pada prinsip dan penegasan bahawa SPR tidak bebas dan adil termasuk dakwaan wujudnya lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah pasti tidak akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.

IBM setuju dengan pendapat Tan Sri itu apabila Anwar bertanding, ini membetulkan fitnah terhadap SPR yang dikatakan sebagai tidak betul, tak telus. Ini juga membuktikan bahawa Anwar Berahim yakin dan mengesahkan SPR itu adil serta demokratik. Jadi, segala tuduhan selama ini tidak betul. Kalau kata SPR tak adil, sudah pasti Anwar tidak akan bertanding, betul tak?  Sebagai bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein berkata, sekiranya Anwar memenangi PRK itu, 'kemasukan' Anwar ke dalam DUN Selangor bakal mengancam kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Maka, dari pandangan beliau, jika ini berlaku apa yang diperjuangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selama ini untuk negeri dan parti akan menjadi sia-sia, ibarat 'habis madu, sepah dibuang', jelasnya. Atas dasar itu katanya, pengundi di Kajang perlu 'mengajar' Anwar dengan memberikan kemenangan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memiliki pengalaman serta memahami nasib masyarakat. BN untuk semua. Itulah yang kita perjuangankan selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Dalam perkembangan yang sama katanya, PRK itu juga memberi peluang kepada masyarakat Cina yang selama ini dikatakan memboikot BN untuk kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan penuh yakin perubahan akan berlaku iaitu BN kembali mendapat kepercayaan masyarakat Cina, katanya. Insyallah. Sementara itu, beliau memberikan nasihat berikut kepada Anwar: "Kalau kalah, jangan hendak kata macam-macam, tuduh itu ini. Kalau kalah, terima kekalahan itu dan jangan salahkan SPR lagi." Setuju dengan nasihat dan saranan dari Tan Sri Hussein itu. Hidup BN...tersungkur Anwar. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment