PELIK juga bila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat hari ini. Katanya, beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu. Ini mesti kerja Khalid yang sengaja sembunyikan dari Anwar. Takut Anwar sabotaj kot. Hehehehe.
Maka, itu sebabnya beliau keberatan untuk mengulasnya, kata Anwar selepas sesi minum petang di Kajang hari ini. Katanya, walaupun secara prinsipnya bersetuju dengan rundingan itu, beliau masih mengkaji maklumat yang diperolehnya daripada kerajaan negeri dan tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini. Beliau juga berkata akan menjadi penyelesaian segera terhadap isu air di negeri itu. Isss...isss..betui ke nuar oiii. Kot cakap mulut je, tapi hati tu bengkak habis. Maklumlah ianya seolah-olah Khalid mempermainkan ko yang akan mengambil alih sebagai Menteri Besar selepas PRK Kajang nanti. Khalid bukan bodoh Nuar oiii.
Akhirnya, hari ini Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai persetujuan yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih Pengurusan Syarikat-Syarikat bekalan air dan menerima pampasan RM9.65 bilion. Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu Selangor menguruskan Syarikat-Syarikat berkenaan. Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2. Samada Anwar Berahim setuju atau tidak, itu tidak menjadi soal. Siapa Anwar Berahim? Belum pun jadi Menteri Besar lagi. Tapi....itu hanya mimpin Anwar. Beliau tidak layak jadi Menteri Besar Selangor, kata orang.
Alhamdulillah, akhirnya Kerajaan Selangor akur dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditanda-tangani oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Berahim di saksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin di Putrajaya hari ini. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment