CYBERJAYA 21 Feb - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang layak boleh menyemak akuan bank masing-masing mulai esok apabila bantuan itu dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengalaman kerajaan menguruskan BR1M sebelum ini menyebabkan mereka mengambil perhatian terhadap semua maklum balas penerima BR1M.
“Sebelum ini, terdapat rungutan di mana penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa. “Oleh itu, kabinet bersetuju meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur menyusahkan mereka,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
P/S ~ Bila dah dapat nanti, jangan le gelojoh dan over excited. Gunakan duit tu dengan cara yang betul. Berjimat dan berhemah semasa berbelanja. Terima kasih kepada kerajaan BN yang prihatin terhadap rakyat. Tapi, masih lagi ada yang mengatakan kerajaan BN ni zalim dan menindas rakyat. Apa punya rakyat le korang. Tak mengenang budi langsung. Selamat berbelanja ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment