Pages

Tuesday, February 4, 2014

LAGI ADUN DARI PKR KELUAR PARTI??...PRK LAGI KE?

SELASA, 04 FEBRUARI 2014
APA sudah jadi dengan Parti Keadilan Rakyat sekarang ni? Seorang demi seorang wakil rakyat depa meninggalkan parti dan mengistiharkan masuk bebas. Terbaru, berlaku di negeri Yeop kejor Yeop, Perak. Walaupun ada desas-desus dari wakil parti PKR negeri Perak mengatakan bahawa itu semua tidak benar, hanya khabar angin. Tapi, surat perletakan jawatan ADUN tersebut telah tersebar di portal, blog dan akhbar tempatan hari ini. Ianya begitu hangat diperkatakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) khabarnya telah mengutus surat kepada Speaker Dewan memaklumkan yang dia mengambil keputusan untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta. Surat makluman tersebut bertarikh 2 Januari lalu. Alasan yang diberikannya ialah tiada lagi kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti itu. Salinan surat tersebut yang diterima oleh pejabat Speaker pada Selasa, 4 Februari kini tersebar di dalam alam maya.
Surat perletakkan jawatan dari ADUN Hutan Melintang, Perak.
Bagaimanapun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu. "Perkara ini tidak benar...saya sahkan erita ini palsu. "Beliau belum keluar PKR, beliau masih setia bersama kita," katanya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini. Bagi IBM, isu perletakan jawatan dari parti pembangkang, memangnya selalu dipertikaikan oleh mereka dan mereka akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal-hal seperti ini.
Apapun, kita tunggu akan kebenarannya. Kesohihan cerita ini akan terjawab juga nanti. Biasalah, siapa tak kenal parti PKR yang di terajui oleh al-juburi, Anwar Ibrahim. Cakap tak serupa bikin. Kesimpulannya, mungkinkah ada satu lagi PRK selain dari PRK ADUN kajang yang sedang hangat di perkatakan? dan salah BN ke?? Tungguuuuuuu!. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment