ITULAH semangat juang yang Barisan Nasional (BN)selalu laung-laungkan. Dulu, kini dan selama-lamanya. Berpegang pada prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh semangat. Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Beliau berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.
Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian beliau secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN, kata kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA petang tadi (Sabtu). Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno.
Seperti yang semua maklum, memang hangat bak 'goreng pisang panas' di mana-mana di perkatakan tentang kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan. Tak mengapa siapa calon mereka (pembangkang). Apa yang pasti ialah kita akan tentang mereka habis-habisan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) Amin! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Tetapi, patutkah PRK diadakan? Bolehkah alasan perletakan jawatan oleh ADUN sebelumnya diterima? Kalau tidak, buat apa membazir duit dan masa untuk drama politik PR? Biarkan saja kawasan ADUN itu kosong... atau, kenapa tidak serahkan kebajikan DUN tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri. Habis cerita!!!
ReplyDeleteibm ~ Wak Domo
DeleteSalam Wak,
Memang le, kalau difikir2kan tak perlu diadakan PRK tu. Tapi, oleh kerana ini adalah permainan kotor pihak pembangkang, dan termaktub didakam undang2 pilihanraya, mahu tak mahu PRK di Kajang terpaksa dilakukan juga. Setiap kawasan pilihanraya g dikosongkan waema apa sekali pun penyebabnya, Maka PRK mesti diadakan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu atau diserah kpd Jabatan Perdana Menteri.
Apapun, mari kita sama berdoa dan berkerja keras bagi membantu calon Bn kita utk menang di PRK DUN Kajang ini dan singkirkan Anwar dari situ. Memang angin bertiup kencang mengatakan Anwar akan menang di sana. Tapi, dlm politik, mcm2 boleh berlaku dan Anwar bukannya kebal. Upset boleh terjadi sekiranya BN menggunakan taktik atau keadah yg berlainan supaya dpt memikat pengundi2 di Kajang nanti. Insyallah....
bagusla..ikut taktik aljuburi ni..aljuburi mmg nak BN bertanding..jgn harap la BN nak menang klu ada hampir 40% pengundi cina..cina mmg dah tolak BN..kerajaan yg masih bodoh nak jilat cinabeng!!xpayah la ikut mainan aljuburi ni!!lawan tetap lawan ni tagline KEADILAN..yg si zahid bisu ni tau la nak bawa masuk anwar dlm umno balik..
ReplyDeleteibm ~ ipohmarley
DeleteBukan ikut taktik si nuar tu. Tapi, demi maruah, BN terpaksa tanding kerana selama ini, belum pun PRK yg BN tidak ambil bahagian. Menang kalah, itu soal no 2. Tapi, kalau kita (BN) tingkatkan usaha dn cari rumusan baru, tak mustahil Anwar boleh dikalahkan. Dia pun manusia biasa. Tentang Zahid, beliau bukan membisu. Smlm dia buat statement. Lawan tetap lawan. Itu tagline semua parti politik...bukan hanya digunakan oleh KEADILAN. Usaha utk bawa nuar blk dlm Umno...no way. I don't think so....