Pages

Wednesday, February 5, 2014

MALAYSIA BOLEH...WANITA PUN BOLEH!!!

RABU, 05 FEBRUARI 2014
KALAU untuk menampung kehidupan keluarga, apa le salahnya jika perempuan (wanita) berkerja sebagai pemandu bas atau teksi. Kalau kaum lelaki boleh, IBM rasa, tiada bezanya dengan wanita hari ini yang boleh dibawa ketengah, ke tepi, asalkannya kerjanya itu halal. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ini dan sara hidup melambung tinggi, maka sudah tentu wanita tidak keberataan membantu sang suami bagi tujuan menambahkan pendapatan untuk menyara keluarga, terutamanya kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai. 
Perkara ini dipersetujui dan disuarakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu bas dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga melalui Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun (gambar bawah kanan). Beliau berkata, kerjaya itu dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing dan ia merupakan senario biasa di negara-negara seperti China, Australia, Singapura, India dan Iran. Negara-negara tersebut merupakan negara membangun yang mengiktiraf peranan wanita sebagai pemandu, katanya ketika berucap melancarkan Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama Rapid KL semalam, Rabu.
Menurutnya, kajian juga menunjukkan hormon estrogen wanita membantu mereka mempunyai daya fokus lebih baik berbanding lelaki danbilangan pemandu wanita yang melanggar undang-undang lebih rendah daripada mereka. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid) Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata penglibatan wanita dalam kerjaya itu masih rendah di mana daripada 3,000 pemandu di syarikat itu, hanya 60 daripada mereka adalah wanita.
Justeru, mereka menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini kerana pada masa ini, Rapid KL memerlukan 500 pemandu baharu untuk kawasan Lembah Klang,katanya. Menurutnya, purata gaji bulanan pemandu Rapid ialah RM3,000. Zohari berkata, soal jantina tidak menjadi isu dalam pengambilan pemandu bas Rapid dan Syarikat itu juga tidak menghadkan bilangan pemandu wanita. Menurutnya, Rapid juga dalam perancangan untuk membuka peluang pekerjaan sambilan sebagai pemandu bas.
Sementara itu, seorang peserta seminar Shiella Tukimin, 41, berkata peluang itu memanfaatkan golongan ibu tunggal seperti beliau. Ini cara untuk beliau menambah pendapatan keluarga selain bekerja sebagai pemandu teksi dan soal takut bukan menjadi halangan kerana beliau sudah biasa membawa kenderaan besar seperti lori, katanya yang juga Pengerusi Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman.
Beliau berkata, kerjaya sebagai pemandu bas memberi pendapatan tetap dan tinggi berbanding pendapatan sebagai pemandu teksi dan hasratnya menjadi pemandu bas turut disokong anak-anaknya. Jadi, apa lagi. Tidakkah ini menjadi satu titik yang mana kaum adam mesti menyahut cabaran tersebut, kerana Syarikat pengangkutan awam di negara kita ini, seperti Rapid KL memerlukan tenaga pemandu, tidak kira lelaki ataupun wanita. Jangan sampai  pengangkutan awam di negara kita lumpuh gara-gara tak cukup pemandu. Ingat, tahun 2014 adalah 'Tahun Melawat Malaysia".  Malu kita pada pelancong-pelancong asing sekiranya pengangkutan awam kita tidak terurus. 
Kesimpulannya, wanita boleh!! ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment