ISNIN, 10 FEBRUARI 2014
PAKATAN RAKYAT KIAN RAPUH AKAN HANCUR BILA-BILA MASA
SERANG- menyerang ni dah jadi darah daging bagi pejuang-pejuang taksub Pakatan Rakyat, terutamnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Diorang tak kisah siapa dan dimana. Janji, mereka (balaci-balaci) ni dibayar. Janji masukkkkk. Rasa hormat terhadap rakan sepejuangan dah tak ada. Asalkan dapat perintah dari kepimpinan atasan, balaci-balaci ni tanpa berfikir panjang akan bertindak walaupun rakan kongsi mereka sendiri. Inilah yang terjadi dan ingin IBM kongsikan bersama-sama rakan-rakan pembaca sekalian.
Semalam, Lebih 50 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyerbu rumah kediaman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub berikutan tidak puas hati dengan penarikan balik jawatan Penyelian DUN Kuala Balah. Kumpulan tersebut menggesa supaya Datuk Ahmad bersikap adil dengan mengembalikan jawatan tersebut kepada ahli PKR berikutan posisi tersebut telah diserahkan kepada penyokong PAS selepas Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Mengikut kata Datuk Ahmad jawatan itu adalah hak PAS, sedangkan mengikut perjanjian Penyelia DUN Kuala Balah diberikan kepada PKR. Lagipun jika ia hak milik PAS kenapa kerajaan negeri melantik Ramlan sebagai Penyelia DUN selepas PRU13 lalu? Sepatutnya awal-awal lagi beliau tidak diberikan jawatan itu kepada PKR. Ini menyerlahkan pentadbiran kerajaan Kelantan bawah Ahmad agak lemah, tidak tersusun dan cakna, kata kumpulan tersebut.
Kumpulan yang berarak dengan 13 kereta itu turut menyifatkan jawapan yang diberikan pada pertemuan bersama Pesuruhjaya PAS Kelantan itu terlalu dangkal dan tidak menggambarkan kepimpinan teraju negeri. Sementara itu, kumpulan tersebut turut mempersoalkan hubungan antara PAS dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan berterus-terang jika terdapat sebarang ketidakpuashatian sepanjang gabungan tersebut terjalin.
Katanya, PKR negeri terasa seperti dipermainkan dan ianya amat memalukan parti dan boleh menjejaskan hubungan PR yang lebih besar. Nampaknya, pergolakan didalam Pakatan Rakyat bertambah serius, seolah-olah mereka pemimpin-pemimpin pakatan rakyat (PR) tidak lagi boleh duduk semeja dan bertentang mata. Pasti ada sahaja yang mereka bangkitkan dan salah-menyalah antara satu sama lain. Mana ada sepakatan dalam Pakatan? Mereka hanya main wayang, berlakun je.

Biarkan....biarkan mereka bergesil sesama-sendiri. IBM yakin, PRK DUN kajang akan menceritakan segala-galanya keretakkan di dalam Pakatan Rakyat, terutamanya di dalam PKR. Hancuss tak lama lagi. Wasallam
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment