SEMBANG BOLASEPAK [BPL]
KEPADA peminat-peminat Arsenal, jangan merasa selesa kerana berada dipersada liga buat masa ini. Sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal bakal berdepan halangan besar buat kali pertama bulan ini apabila bertandang ke Anfield esok untuk salah satu daripada dua pertemuan mereka menentang Liverpool. Peluang Arsenal untuk menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa trofi akan dapat dilihat lebih jelas sebaik sahaja persaingan getir yang berlangsung dalam bulan ini berakhir. The Gunners bakal berdepan beberapa perlawanan penting termasuk menerima kunjungan Manchester United di laman sendiri untuk aksi Liga Perdana, disusuli pertemuan dengan Liverpool dalam Piala FA dan pertembungan dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara menentang Bayern Munich.
Kegagalan dalam ketiga-tiga perlawanan itu bakal memberi kesan besar ke atas Arsenal dalam meneruskan misi menamatkan kemarau pemburuan trofi. Arsenal kini mendahului dengan hanya dua mata di depan Manchester City yang akan bertandang ke Norwich City, sementara Chelsea menerima kunjungan Newcastle United dan kekalahan di Anfield akan menyaksikan mereka bakal tersungkur ke anak tangga ketiga dalam carta liga. Kelab London itu bagaimanapun kini berada dalam prestasi terbaik setelah tidak kalah dalam enam pertemuan terakhir Liga Perdana di Anfield. Mereka yang mendapat semula khidmat Jack Wilshere yang telah pulih daripada kecederaan kini memburu kemenangan buat kali ketiga berturut-turut.
Wilshere mungkin beraksi di bahagian tengah bersama Alex Oxlade-Chamberlain, yang meledakkan dua gol sewaktu Arsenal menang 2-0 ke atas Crystal Palace. Bagaimanapun, Arsenal akan turun tanpa Mathieu Flamini yang digantung perlawanan, sementara Aaron Ramsey dan Theo Walcott mengalami kecederaan, tetapi tahap keyakinan The Gunners masih tinggi selepas menang enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana. Sementara itu, jika kalah, Liverpool bakal berada 11 mata di belakang Arsenal dan pengurus Brendan Rodgers pula berpendapat misi memburu gelaran bukanlah sasaran utama buat masa ini.
Apapun, peminat-peminat Liverpool diseluruh dunia sentiasa berada dibelakang kelab kesayangan mereka. Begitu juga di Malaysia ini, termasuk IBM sendiri. IBM yakin, malam esok, Liverpool boleh menjinakkan Arsenal. Sama-sama kita tunggu sebab "You'll Never Walk Alone". MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGARA. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment