Pages

Monday, February 17, 2014

RAYU MCA KEPADA RAKYAT KAJANG : "BERI KAMI PELUANG"

ISNIN, 17 FEBRUARI 2014
KATAKAN TIDAK PADA ANWAR...KATAKAN TIDAK PADA ANWAR
DIATAS kertas memang kita pasti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang yang akan di adakan pada 23 March akan datang ini. Tapi, peluang Barisan Nasional (BN) jangan diperkecilkan. Kalau kita berusaha dengan gigih seperti apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, BN boleh berjaya dan Anwar dapat dikalahkan. Maka, sebab itu bila MCA bersuara dan meminta supaya mereka diberi peluang, terutamanya para pengundi di Kajang, kita sama-sama berganding bahu dan berkerja lebih kuat bagi mempastikan kejayaan BN kelak.
Bagi pandangan IBM, penduduk di Kajang harus  memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) dan MCA untuk berkhidmat kepada mereka dan tidak terus-menerus menjadi bahan permainan pakatan rakyat. Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai setelah risikan dan aduan diterima  bahawa masyarakat di kawasan itu dibelenggu pelbagai masalah melibatkan antaranya jalan raya, lesen penjaja dan cukai pintu. Maka, elok benarlah anggota Jawatankuasa Tertinggi MCA dikehendaki datang ke DUN Kajang setiap hari bagi meninjau, memahami serta membantu menyelesaikan isu-isu yang sering dihadapi penduduk, sekali gus mengembalikan keyakinan mereka kepada parti itu.
Setelah agak lama juga kaum Cina di Malaysia ini sudah hilang kepercayaan pada MCA, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan peluang terbaik buat MCA untuk buktikan kepada penduduk di Kajang yang majoritinya kaum Cina bahawa parti MCA sememangnya berjuang demi kebajikan mereka. Perkara yang sama telah disuarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow ketika melancarkan bilik gerakan induk MCA untuk PRK itu di Taman Berjaya, Seamless, (Ahad) (gambar atas). Liow menegaskan pengundi DUN Kajang perlu memilih wakil rakyat daripada Barisan Nasional bagi membolehkannya menyekat tindakan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang menjejaskan penduduk.
Difahamkan, turut hadir pada perlancaran bilik gerakan tersebut adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Naib-naib Presiden Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun serta Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.  Syukur alhamdulillah, nampaknya MCA begitu serius, komited dan bersemangat dan tak sabar-sabar untuk turun padang berjumpa dengan para pengundi di Kajang. Moga kesungguhan yang ditunjukan oleh MCA akan membuahkan hasil, sekali gus memenangi PRK DUN Kajang nanti.

Kepada para pengundi, berilah peluang kepada MCA unutk menabur bukti di Kajang setelah korang dipermainkan dan diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat. Jangan pisang berbuah dua kali. Tolak Pakatan Rakyat, tolak Anwar. Insyallah, BN akan memberi perkhidmatan yang lebih baik nanti. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment