Pages

Friday, February 28, 2014

SINDIKIT KUTIP DERMA HARAM DITAHAN POLIS!!

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
IPOH: Polis menahan dua daripada 19 anggota sindiket yang menggunakan dokumen palsu untuk mengutip derma sejak dua tahun lepas dengan jumlah kutipan dianggarkan lebih RM500,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad berkata kedua-dua wanita masing-masing berumur 36 tahun dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengutip derma di sebuah sekolah di sini pada pukul 9.40 pagi Selasa lepas. "Mereka mendakwa mengutip derma untuk tabung pembinaan tambahan asrama dan surau sebuah pertubuhan anak yatim di Simpang Pulai," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata tangkapan itu susulan aduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) pada 20 Februari lepas dan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu. Katanya berdasarkan buku resit yang dirampas daripada suspek, kedua-dua wanita itu berjaya mengutip kira-kira RM5,700 sejak Januari lepas daripada beberapa buah sekolah dan orang persendirian. Maszely berkata mereka aktif membuat kutipan di sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar dan Kulim.
"Kedua-dua suspek pernah bekerja memungut derma untuk pertubuhan itu dan mereka memperoleh permit yang sah pada tahun 2011. Tetapi permit itu hanya sah digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja," katanya. Beliau berkata kedua-dua suspek direman tiga hari mulai Khamis. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pengutip derma individu atau pertubuhan bagi memastikan mereka tidak ditipu. - BERNAMA 
P/S ~ Sebenarnya kita yang beri muka kat diorang. Tak kira sapa yang datang minta derma, mesti bagi tanpa selidik dulu betul ke tidak. Pemurah sangat. Maka, naik mua le mereka. Tapi, buat kerja menipu ni tak tahan lama. Lambat laun akan dikesan jugak. Tuhan tu kaya. dia tak izinkan manusia seperti itu bermaharajalela. Tak kaya mana pun. Tertangkap jua akhirnya. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment