Pages

Tuesday, February 11, 2014

TERESA KOK@COCK PANAS BUNTUT. KES SELEWENG DANA DIDEDAHKAN...KANTOI!!

SELASA, 11 FEBRUARI 2014
Tulah. Kalau kita boleh korek rahsia orang, lambat laun rahsia kita pun orang lain boleh korek. Jangan sombong dan ego lah. Cerita panas yang sedang melanda dalam DAPigs pada ketika ini apabila   seorang ahli DAP meyerahkan dokumen yang didakwa beliau sebagai bukti penyelewengan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Danny Leong Eng Tiom (gambar bawah kiri) yang menerima surat saman RM10 juta daripada Teresa membuat laporan kepada SPRM berhubung tuduhan bahawa Teresa Kok menyeleweng dana RM186,000 semasa kempen pilihan raya umum ke 13. 

Beliau ke Pejabat SPRM untuk memberi bukti kepada badan tersebut berhubung (dakwaan) penyelewengan itu selain untuk membersihkan nama beliau,katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkenaan di pejabat SPRM di Putrajaya semalam. Leong menerima surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU-13 lalu berjumlah RM186,000.  Sementara itu, dilaporkan juga bekas pembantu peribadi Teresa, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU-13 oleh bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao, yang turut hadir mendakwa pihaknya juga sedang mengumpul bukti lengkap pembabitan lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP dalam menyeleweng wang semasa pilihan raya umum lalu. Mampus le kali ini Teresa Kok and the gengs. Kemana korang semua nak lari? Kalau kes ini berjalan dan Teresa Kok di dakwa di Mahkamah, adakah Teresa Kok dan DAPigs akan menyalahkan BN?? Kerana, dah menjadi lumrah pembangkang, apabila segala kejahatan mereka dibongkar, mereka akan nafikan dan mereka akan menyalahkan BN.

Asyik-asyik BN...semuanya salah BN. Boring da....! Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment