Pages

Friday, March 21, 2014

HISHAM H20 NAIK ANGIN, BIDAS MEDIA ASING. COOL BRO..COOL!!

JUMAAT, 21 MARCH 2014

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini membidas wakil media asing yang bukan sahaja sering mengerumuninya tetapi juga berasak-asakan ketika mahu mendapat perkembangan terkini mengenai kehilangan MH370 daripada beliau. Hishammuddin berkata, kelakuan sedemikian menyebabkan jurukamera dan jurugambar gagal mendapat rakaman yang baik sekali gus memberi tanggapan tidak elok terhadap Malaysia. 


"Kalau kalian mahu berkelakuan begini, kalian akan memperoleh visual yang tidak elok yang pada pandangan saya seluruh dunia akan persalahkan pada pihak berkuasa Malaysia...ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas dikerumuni sekumpulan wakil media, di lobi Hotel Sama-Sama di sini. Hishammuddin yang tiba di hotel itu sekitar jam 3 petang "diterjah" oleh wakil media asing yang menunggu di lobi sejak pagi. 

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

P/S ~ Hehehe...biasalah Hisham ooii. Jangan lekas naik angin. Kan itu lumrah pemberita-pemberita dari luar negara. Perangai depa sebiji macam pakatan haram (PR). Apa yang perlu, ko jawab le apa yang patut. Lagi pun, ramai yang puji you do a good job. Teruskan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment