Pages

Monday, March 3, 2014

KEMALANGAN PERTAMA DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

ISNIN, 03 MARCH 2014

Apa ke jadahnya. Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. Pantang je tengok jalan elok, Jambatan yang canggih, asyik nak pandu laju je. Tak berhemah langsung semasa memandu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

Kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang berlaku selepas plaza tol Jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta, katanya.

Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang. Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Kepada pengguna yang menggunakan Jambatan kedua untuk ke Pulau Pinang, berhati-hatilah semasa memandu, berhemah dan fikir-fikirkan juga keselamatan diri sendiri dan orang lain. jangan asyik nak pandu laju sahaja. Jambatan itu dibina bukan untuk berlumba atau menguji kelajuan kenderaan anda, tapi untuk keselesaan bersama. Ada faham? Jangan sampai keluarga menanti kepulangan anda dengan tangisan. Wasallam.
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

4 comments:

  1. tol belum kena dan traffic pulak clear. apa lagi, lenjan la sampai full. seb baik tak mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ usin,

      Itulah masalahnya pada pemandu2 kita di M'sia ni. Selagi boleh tekan depa tekan sampai habis. Tak hiraukan keselamat org lain....

      Delete
  2. Aku pun lalu jugak semalam, tapi ramai dok pi potong line guna lane kecemasan. panas hati betul aku malam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ Unknown,

      Diorang nak ke neraka kot. Silap hari bulan kereta dok terjun ke laut. Tak tahu nak kata apa pada depa yg memandu tak berhemah ni. Nak kena buat konslin kot baru depa sedar....

      Delete