Belum lagi terungkai kehilangan MH370, kini satu lagi pesawat milik MAS MH006 menghadapi masalah. Malaysia Airlines (MAS) Isnin mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.
Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat, katanya. MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain. Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur, katanya. Selepas kehilangan MH370, dilaporkan semalam pesawat MH114 dari kuala Lumpur ke Kathmandu dilanggar oleh sekumpulan itek yang menyebabkan cermin hadapan pesawat tersebut pecah berkecai.
Nampaknya nasib begitu malang bagi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Satu bala ke satu bala. Apapun, itu adalah ketentuan dari Allah swt. Kita tidak dapat melayan takdir. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar MAS terus beroperasi dengan cemerlang dan janganlah pulak takut untuk menaiki pesawat MAS. IBM yakin para pegawai MAS dapat menghadapi segala apa jua dugaan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment