Hakikat bahawa tiada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi harapan bahawa pesawat itu dapat ditemui. Masih ada harapan bagi MH370 oleh kerana tiada panggilan distres, tiada pihak menuntut wang tebusan atau mana-mana kumpulan mendakwa bertanggungjawab, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai usaha mencari pesawat MH370 di sini, Isnin. Harapan itu juga terpancar dalam operasi di udara apabila operasi mencari dan menyelamat, membabitkan 26 negara, bermula hari ini dengan tumpuan kepada koridor selatan membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai usaha pencarian di dua sektor koridor selatan di rantau masing-masing. Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Australia dan China. Dalam responsnya, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Canberra berdiri di belakang Malaysia dalam keadaan yang amat sukar ini dan dengan senang hati memikul tanggungjawab tambahan ini. Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thao pula berkata kerajaannya komited untuk meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam usaha mencari pesawat berkenaan.
Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pesawat itu telah menyimpang daripada laluan asalnya dan pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah memasuki satu daripada dua koridor penerbangan iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, atau koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Ketika insiden kehilangan pesawat itu masuk hari kesembilan, nasib penumpang pesawat Boeing 777-200ER belum diketahui dan usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara belum berhasil. Susulan insiden itu, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berjanji untuk mengkaji semula sistem radar negara selepas operasi mencari pesawat berkenaan selesai. Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang melawat keluarga beberapa penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia di Hotel Everly, Sepang dan menasihatkan mereka supaya bertenang dan bersabar.
P/S ~ Kalau betul le ada harapan, dimana pesawat tu sekarang? Jangan beri kaum keluarga para penumpang pesawat dengan harapan yang mengunung tinggi. Kepada Hishamuddin, lebih diam buat sementara, tutup mulut besor ko tu. buat kerja dulu, kerahkan segala tenaga yang ada, cari sampai dapat,lepas tu baru buat kenyataan. Orang dah naik muak dengan cerita yang berbagai, tapi, hasilnya masih 'o' buat masa ini. Kepada seluruh rakyat Malaysai, teruskan berdoa dan buatlah sembahayang hajat setiap malam. Semasa IBM di Indonesia, sempat juga buat solat hajat bersama dengan jemaah di salah sebuah Masjid di Indonesia sambil berdoa agar pesawat MH370 dan penumpang-penumpangnya serta anak kapal selamat. Amin. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment