Pages

Tuesday, March 25, 2014

MH370 : ISTERI KAPTEN ZAHARIE AKAN DISIASAT OLEH FBI....

SELASA, 25 MARCH 2014
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menurut laporan tabloid British, Daily MirrorLaporan tersebut hari ini menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga. Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid, 27. Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa, semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, dan ini bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan. Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya. Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau. Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata. The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan : Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10. Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan. Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.


P/S ~ Ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti FBI masuk campur dan menyiasat kes kehilangan pesawat MH370 ini?....kenapa tidak gunakan kepakaran pihak Polis kita sendiri? Banyak jawapannya dan ungkainnya. Bagi IBM elok juga FBI masuk campur kerana saban hari kehilangan MH370 ini tiada petujuk yang jelas samada ianya di culik atau terhempas. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Jangan suka buat andaian yang negatif. Apapun teruskan berdoa agar anak-anak kapal dan penumpang-penumpang MH370 dapat ditemui. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment