Firma Satelit Britain, INMARSAT yang berjaya merungkai kedudukan terakhir pesawat MH370 di Lautan Hindi, turut membuat pendedahan yang menyatakan pesawat tersebut kehabisan minyak. Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin dalam satu temubual di Sky News berkata, pesawat yang terbang ke arah selatan itu menghadapi situasi tersebut. Beliau berkata, pendedahan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan INMARSAT. Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.
INMARSAT berkata, pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain. Firma itu menambah, bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa. Katanya, firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya. Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.
Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping” sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan, kata MacLaughlin. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Najib.
P/S ~ Persoalan yang timbul. Kenapa MH370 menukar haluan sedangkan distinasi sebenarnya ialah ke Beijing? MH370 juga dikata berpatah balik menghala ke Penang, dan kenapa tiba-tiba boleh menuju ke Lautan Hindi. Atas sebab apa dan arahan siapa? Harap jawapan ini dapat dirungkai dengan segera kerana kerajaan dan MAS di kecam hebat oleh keluarga mangsa terutamanya dari kaum keluarga warga Cina dan juga pembangkang haram jadah. Sedih dan geram dengan sikap pembangkang yang tak habis-habis menyalahkan kerajaan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment