JAKARTA 5 Mac - Polis di sini menahan enam rakyat Malaysia kerana didakwa menggodam akaun 112 pelanggan bank melalui mesin juruwang automatik (ATM) dan mencuri wang berjumlah 1.24 bilion Rupiah (RM350,040). Akaun-akaun itu adalah milik pelanggan Bank Central Asia (BCA). Suspek yang berusia antara 24 dan 42 ditahan ketika mahu memasuki Singapura melalui terminal feri Batam Central pada 28 Februari.
Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Jenayah Khas Ekonomi Negara Brig Jen Arief Sulistyanto berkata rakyat Malaysia itu adalah sebahagian daripada 21 anggota sindiket yang telah memasang 'skimmers' dan peranti elektronik yang boleh membaca data daripada kad pelanggan dari empat mesin ATM BCA di Jakarta dan Bandung.
"Antara 8 dan 15 Februari, sindiket itu memasang 'skimmers' pada slot kad dan kamera kecil di atas mesin ATM BCA di Hospital Pondok Indah, Hospital Pantai Indah Kapuk dan Hospital Husada di Jakarta, serta Hospital Boromeus di Bandung.
"Kamera telah digunakan untuk merekodkan nombor PIN pelanggan bank. Ahli Sindiket boleh mengekod data pelanggan dengan menggunakan sebarang kad dengan jalur magnetik termasuk kad kunci hotel.
"Dengan menggunakan kad pendua, sindiket itu mengeluarkan sejumlah 1.24 bilion Rupiah melalui mesin ATM di Medan dan Batam," katanya.
P/S ~ Entah-entah kejadian wang lesap daripada mesin ATM baru-baru ini mugkin ada kaitan dengan barua-barua ni kot. Itu sebab IBM kata, jenayah ad di mana-mana. hati-hatilah. Harap kerajaan dan pihak Bank dapat menyiasat dengan segera, kerana ianya menginayakan orang. Kesian mereka-mereka yang lama menabung di Bank. Tiba-tiba bila emergency nak pakai duit, hilang kena kebas. Sakit hati oiii. Aduhai, semuanya dah tak selamat sekarang ni. Pening...pening. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment