Pages

Saturday, March 8, 2014

TERKINI! PESAWAT MH370 HILANG : LAPORAN PESAWAT MENDARAT DI NANNING TIDAK BETUL!

SABTU, 08  MARCH 2014
PETALING JAYA : Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan laporan yang menyatakan penerbangan MH370 telah membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China adalah palsu. "Kami telah menyemak dengan pusat kawalan dan ia tidak benar," kata Naib Presiden Kawalan Operasi, Fuad Sharuji, Sabtu.

Beliau berkata, dalam laporan hubungan terakhir pada ketinggian 35,000 kaki, kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA, tiada sebarang panggilan daripada anak kapal atau pemberitahuan dari menara kawalan bahawa mereka mempunyai apa-apa kesukaran.
"Sehingga kini, kita masih tidak mempunyai petunjuk tentang di mana ia berada sekarang" katanya kepada CNN pada pukul 10.45 pagi. MAS mengadakan satu sidang akhbar pada jam 11 pagi.

 [Dikemas Kini] :


Mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing adalah 227 termasuk dua bayi serta 12 anak kapal.

Berikut adalah senarai nama 12 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut :- 

ZAHARIE AHMAD SHAH
FARIQ AB HAMID
PATRICK FRANCIS GOMES
ANDREW NARI
GOH SOCK LAY
TAN SER KUIN
WAN SWAID WAN ISMAIL
JINAIDI MOHD KASSIM
MOHD HAZRIN MOHAMED HASNAN
NG YAR CHIEN 
FOONG WAI YUENG
TAN SIZE HIANG

MAS mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini. MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

P/S ~ Setakat ini belum ada apa-apa laporan terbaru dan kita tunggu daripada jurucakap MAS yang telah mengadakan sidang akhbar pada pukul 11 pagi tadi. Sementara itu sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut terselamat bersama dengan penumpang-penumpang dan anak-anak kapalnya. Amin!  Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

1 comment:

  1. tpi mmg jelas video dlm berita pesawat mas ada mendarat di nanning...

    ReplyDelete