Pages

Sunday, March 9, 2014

TRAGEDI MH370 : PENEMUAN TUMPUHAN MINYAK. TENTERA UDARA VIETNAM SEDANG SIASAT!

AHAD, 09 MARCH 2014

SHAH ALAM: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata siasatan sedang digerakkan ke perairan Vietnam bagi mengenal pasti tumpahan minyak itu adalah milik pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi semalam. Melalui sidang media sebentar tadi, beliau memberitahu usaha itu dilakukan oleh pasukan tentera udara Vietnam.

Dari segi tumpahan minyak yang dikesan di perairan Vietnam. Sah memang ada minyak, dan sekarang ini kita tahu bahawa pesawat Vietnam telah ke sana untuk mengenalpasti sama ada minyak yang dikesan di permukaan perairan di sana merupakan pesawat berkenaan, katanya kepada para pemberita melalui satu sidang media di KLIA. Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.

P/S ~ Harap-harap  tumpuhan minyak tersebut bukannya milik pesawat MH370. Sekali lagi IBM menyeru kepada semua untuk mendoakan akan keselamatan penumpang2 yang terbabit. Insyallah. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment