Pages

Sunday, March 9, 2014

ZED ZAIDI BERGURU DENGAN TIAN CHUA PERLEKEH INSIDEN PESAWAT MAS YANG HILANG....

AHAD, 09 MARCH 2014
MUNGKIN  bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi ni berguru dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang baru-baru ini memperlekehkan insiden berdarah di Lahat Datu yang menuduh ianya adalah sendiwara dari UMNO. Insiden yang meragut anggota tentera dan polis itu dikatakan satu sendiwara oleh Cina gampang tu. Kini, giliran si Zed Zaidi pula membuat kenyataan dan memperlekehkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang semalam, hari Sabtu. Kenyataan beliau dibuat menerusi laman sosial Twitternya dan kini menyesali akan perbuataanya, Zed Zaidi memohon maaf atas kenyataannya itu. 

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, beliau keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan keadaan. Beliau mohon maaf atas kenyataan mengenai kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebooknya. Beliau tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan. Harapan beliau supaya orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Mari kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah, tulisnya.

Zed dalam kenyataan awalnya di twitter pada pukul 11 pagi semalam mempersoalkan kehilangan pesawat tersebut dan memperlekehkan hidanganya yang disajikan pihak syarikat penerbangan terbabit. Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial dan menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut. Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Tapi, sampai sekarang kita masih tertunggu akan status kehilangan pesawat MAS MH370 itu kerana ianya belum lagi dijumpai.
Kepada Zed Zaidi, mulut tu janganlah terlalu celupar dan mencontohi Cina PKR yang kurang ajar itu yang kenyataan beliau menghuris hati ahli keluarga mangsa kerana mereka gugur kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi oleh musuh. Dan..jangan sampai kamu disaman oleh kaum keluarga mangsa yang sedang menunggu akan perkhabaran sebenar kehilangan pesawat MAS tersebut. Apa kata kalau keluarga kamu yang terlibat sama? Apa perasaan kamu ketika itu? Fikir-fikirkan. Wasallam.
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment