Pages

Saturday, April 26, 2014

APA SALAH DAN DOSA KAKI TANGAN MAS SEHINGGA DI SERANG DI LIDO HOTEL?

SABTU, 26 APRIL 2014
Kalau tidak ada campur tangan orang luar atau ada yang menjadi batu api menghasut dan memberi gambaran yang tak  betul terhadap anggota keluarga mangsa pesawat MH370, perkara serbu-menyerbu dan menyerang kakitanggan MAS, mustahil perkara ini boleh berlaku. Mereka (keluarga mangsa) sudah tenang seketika, tapi, kenapa tiba-tiba mereka bertindak liar kembali? Tentu ada yang tak kena ni. IBM secara terus terang tanpa berselindung menyatakan ini adalah angkara cyber trooper DAP, 'Red Bean Army'. Mereka terlalu katif di dalam dan di luar negara bagi menabur fitnah dan memburuk-memburukan nama negara. 

IBM syorkan agar kerajaan siasat insiden ini kerana ianya serius dan melibatkan keselamatan kakitangan MAS yang tidak berdosa. DAP memang suka melihat hal-hal macam ini berlaku. Mereka akan ketawa berdekah-dekah bila racun mereka menjadi dan mengenai musuh mereka. Mereka begitu serius untuk mengulingkan kerajaan yang ada dan mereka mahu menerjui negara sekali gus mengawal enokomi negara. Maka, kita orang-orang melayu mahu kemana? Mahukah anda semua merempat dan meminta sedekah di negara sendiri. Fikir-fikirkan kerana perkhabaran dibawah ini adalah angkara DAP yang rasis. Baca jangan tak baca ~ IBM

RED BEAN ARMY LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN :
[KUALA LUMPUR, 26 April - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat. "Sepuluh kakitangan Syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April. "Kakitangan Syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.

"Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu. 
Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.] Foto - AP
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

2 comments:

  1. Kerana rasuah Mamak Madir Malaysia jatuh ke kedudukan cam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu The Best - Bau Apom Normah masih best lagi ka ?

      Delete