DEMI untuk servival dan pemulihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilihat semakin rapuh yang boleh menjana kepada kemusunahan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu keluar daripada kepompong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya benar-benar mahu menjenamakan semula parti tersebut. Sehubungan itu kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, langkah pertama yang perlu dibuat oleh Azmin bagi tujuan tersebut ialah dengan meninggalkan Anwar. Tinggalkan Nuar? Hehehehe...berat tu.
Namun katanya, amat mustahil impian Azmin itu akan tercapai kerana matlamat asal penubuhan PKR adalah demi menjayakan cita-cita besar Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri. "Selagi beliau berterusan mempertahankan segala pembohongan Anwar, maka beliau tidak layak untuk membuat kenyataan kononnya PKR bukan milik Anwar" katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini. Semalam Azmin menyatakan parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.
Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar. Kenyataan itu sekali gus menimbulkan keraguan dan sejuta persoalan memandangkan beliau sendiri mengakui selesa bekerja bersama Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut mencabar Ahli Parlimen Gombak itu untuk menyatakan secara terbuka siapakah calon Presiden PKR pilihannya apabila wujud pertembungan pencalonan suami isteri antara Anwar dan Wan Azizah. Katanya, pencalonan yang disifatkan sebagai `pertandingan luar tabii' itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik dunia.
Mursyidul Am TIBAI itu juga membuat andaian pakatan pembangkang akan teruk menghentam UMNO sekiranya jawatan Presiden UMNO dicabar oleh isteri Perdana Menteri sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor, ujarnya. Tapi..itu tidak mungkin berlaku didalam UMNO. Menurutnya lagi, kenyataan Azmin untuk menjenamakan semula parti tersebut amat meragukan dan sekadar untuk memancing undi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi. Apapun, Azmin patut ambil iktibar dan mengikuti jejak langkah rakan-rakan Anwar Brahim yang telah meninggalkan Anwar (seperti gambar diatas).
Dan...Azmin patut bertanya mengapa mereka-mereka itu semua meninggalkan Anwar Brahim? Tepuk dada tanya selera wahai Azmin. Mentimun ada ditangan, pisau pun ada ditangan, terpulang apa ko nak buet, kato orang negori. Tapi, berani kah Azmin tinggalkan Nuar Brahim? Wasallam ~ IBM
Dan...Azmin patut bertanya mengapa mereka-mereka itu semua meninggalkan Anwar Brahim? Tepuk dada tanya selera wahai Azmin. Mentimun ada ditangan, pisau pun ada ditangan, terpulang apa ko nak buet, kato orang negori. Tapi, berani kah Azmin tinggalkan Nuar Brahim? Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment