Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang. Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya. Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.
Mengimbas kembali mesyuarat pada malam itu, kata Abdul Rahman, PKR tidak membenarkan Anwar bertanding dan Anwar mengumumkan berundur. Apabila Anwar berundur, beliau juga tidak bertanding sebab beliau hanya mahu lawan Anwar. Sebab itu bagi beliau, kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah ‘insurans’ kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya. Itu kata Abdul Rahman kepada Utusan Malaysia di kediamannya, semalam. Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.
Sambung Abdul Rahman, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas. Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah. Hal ini sekali gus membayangkan beliau sengaja mahu mencabar ROS, tegasnya. Abdul Rahman tidak menolak PKR akan mengheret penyokong mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ROS menolak pencalonan Anwar atau mengisytiharkan kemenangannya sebagai tidak sah. “Penyokong akan beranggapan Anwar dianiaya dan dinafikan hak untuk bertanding," katanya.
Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun. Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari bertanding.
P/S ~ Reaksi gambar Nuar Brahim seperti diatas menunjukkan bahawa beliau tidak boleh di bangkang. Beliau sentiasa akan memberi isyarat (seperti shhhhh..) kepada sesiapa sahaja baik pemberita atau pemerhati politik supaya diam atau bersedia untuk di saman. Seperti katanya, "u ulang I saman". Itulah senjatanya. Pergi mampus le ko nuar. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment