Pages

Wednesday, April 30, 2014

HAI....BUNYI MACAM MERAJUK JE SI KHALID GAGAP NI. TETIBA JE TAK NAK JADI MB LAGI..KENAPA YE?

RABU, 30 APRIL 2014
IBM tak terkejut langsung apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Brahim@Khalid gagap menyuarakan bahawa beliau tidak berminat untuk meneruskan khidmat beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Banyak faktor yang IBM buat kesimpulan kenapa si Khalid ini tidak lagi berminat untuk menjadi Menteri Besar. Antaranya ialah kerana beliau tertekan oleh rakan-rakannya sendiri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang inginkan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Juga beliau mendapat desakkan dari rakan kongsi di dalam Pakatan Rakyat supaya beliau meletakan jawatan. DAPig adalah di antara yang lantang mengkritik dan mendesak supaya Khalid meletakkan jawatan. Panas...panas telinga si Khalid dibuatnya. 

Dalam pada masa itu, pemilihan Parti PKR yang sedang berjalan sekarang, juga membuat Khalid menjadi resah-gelisah kerana beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden parti berentap dengan musuh tradisinya, Azmin Ali. Apa akan jadi bila Khalid tewas? Masihkah nak pegang jawatan Menteri Besar, atau adalah penasihat PKR, Nuar Brahim akan membenarkan Khalid terus menjadi Menteri Besar? Dan...andai kata Khalid memang, kekallah beliau menjadi Menteri Besar, bagaimana pula dengan Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) akan datang? Adakah Khalid merasa yakin bahawa PKR-PR akan terus menerajui negeri Selangor? 

Sedangkan terlalu banyak mala petaka yang terjadi semenjak PR mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). Tak payah IBM nak sebut satu persatu akan kelemahan yang ada didalam pentadbiran Khalid di Selangor ini. IBM serahkan kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negeri Selangor pada PRU ke-14 yang akan datang. Kepada Khalid, kalau betul le tak nak pegang jawatan MB Selangor tu lagi, eloklah. Kalau dah sedar diri tu, baguslah. Jawatan tu bukan selama-lamanya untuk ko pegang. Begitu juga Pakatan Rakyat (PR), kalau dah tak boleh menerajui negeri Selangor ini, pandai-pandai bawa diri kerana Barisan Nasional (BN) akan bangkit dan akan merampas kembali negeri Selangor ini dari PR. Wasallam ~ IBM

BOLEH PERCAYA KE KENYATAAN SI KHALID SEPERTI DI BAWAH NI? :

[SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim membayangkan beliau tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor untuk penggal ketiga dan hanya akan menamatkan khidmatnya pada penggal ini. "Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini," kata beliau menerusi laman mikro Twitternya, petang tadi. Dalam laman sosial itu, Khalid juga berkata beliau mahu menjadi seorang pemimpin yang dikenang dengan memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor. 

Khalid sebelum ini didesak ahli akar umbi agar meletakkan jawatannya ekoran seringkali membelakangkan parti ketika membuat keputusan penting membabitkan kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor. Terbaru tindakannya menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan air di Selangor dengan kerajaan persekutuan baru-baru ini. Tindakannya itu walaupun memberi manfaat kepada rakyat Selangor untuk jangka masa panjang, agar mereka terus mendapat bekalan air yang mencukupi, PKR tetap membantahnya dan meminta Khalid mempertimbangkan kerjasama itu.
Keputusan yang dilihat sebagai 'agak lambat' itu telah menyebabkan rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan program catuan air. Bagaimanapun setelah hampir tiga bulan, Khalid hari ini mengumumkan penamtan program catuan tersebut bermula esok. Kedudukan Khalid sebagai ketua negeri dalam pada itu terus menjadi buah mulut banyak pihak apabila Pengarah Startegik PKR, Rafizi Ramli mengumumkan 'Langkah Kajang'. Langkah Kajang diumumkan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berlangsung yang mana matlamat asasnya adalah untuk menobatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Namun agenda itu gagal apabila Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Khalid juga menerima tekanan apabila dilaporkan menerima memorandum daripada ahli akar umbi agar beliau mengundur diri setiap kali Kongres PKR berlangsung. Kemelut yang dihadapi Khalid bertambah buruk apabila pergeseran politik beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjadi semakin buruk. Azmin seringkali mengkritik pentadbiran Khalid yang padanya terlalu banyak kekurangan sehingga menjejaskan imej PKR di mata masyarakat].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment