Pages

Monday, April 28, 2014

HARI TERBUKA KLIA 2 MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT. TAHNIAH!!

ISNIN, 28 APRIL 2014

Memang meriah. Hampir 20,000 pengunjung memeriahkan Hari Terbuka KLIA2 yang bermula pukul 10 pagi semalam (Ahad). Pas berlepas untuk para pengunjung masuk ke balai pelepasan bagi melihat sendiri landasan kapal terbang, habis diagihkan sejak awal pagi. Pengunjung juga berpeluang melalui Skybridge setinggi 12 meter dan sepanjang 300 meter untuk melihat landasan dan kawasan sekeliling klia2. Orang ramai berpeluang melawat KLIA2 yang mempunyai menara kawalan udara tertinggi di dunia sehingga pukul 5 petang ini sebelum lapangan terbang yang empat kali ganda besar daripada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) beroperasi secara rasminya pada 2 Mei ini.

Difahamkan bahawa perkhidmatan bas juga disediakan untuk membawa orang ramai dari tempat letak kereta D ke Terminal dan dari KLIA dan LCCT-KLIA setiap setengah jam dari 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat 5,500 petak letak kereta di kawasan D. Maklumat lanjut mengenai KLIA2 boleh diperolehi di http://www.klia2.info/. Satu lagi kejayaan negara di bawah pemerintah Barisan Nasional (BN). Ini yang membuat pembangkang terus cemburu dan dengki dengan apa yang kerajaan BN telah buat. Sebelum ini ada desas-desus pembangkang bangkitkan isu kelewatan siap pembinaan KLIA2 dan mereka juga mengritik isu keretakkan landasan di KLIA2. Tapi, semuanya telah beres dan diselasaikan dan KLIA2 di umumkan selamat untuk digunakan. Syabas dan Tahniah pengurusan KLIA2. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment