Pages

Wednesday, April 9, 2014

KAK WAN JIJAH ANGKAT BAKUL NUAR BRAHIM DALAM SIDANG DUN....BELA SUAMI KONON..HUHUHU!

RABU, 09 APRIL 2014
SEPERTI yang dijangka, ADUN Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kesempatan berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini IBM telah bisik-bisikan kepada beberapa orang rakan blogger. Rupa-rupanya betul segala jangkaan IBM tu. Presiden PKR yang baru mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang, ketika perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor, menyifatkan seteru politik UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai obses kepada Anwar sehinggakan seringkali menyebut nama Ketua Umum PKR itu untuk dikritik.
 
Sebaliknya, Kak Wan Jijah yang juga Presiden PKR, memuji kecekapan dan sumbangan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hingga berjaya meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negeri itu. Bagi IBM memang menjijikan apabila ucapan itu kerana ianya seperti mengangkat bakul Nuar Brahim oleh Kak Wan Jijah. Memang tak ada perasaan malu betul pemimpin-pemimpin PKR ini seperti Kak Wan Jijah ni. Memang dan sikap depa dah macam tu kot. Mengikut kata Kak Wan, beliau kurang faham obsesi Anwar Ibrahim dalam UMNO, di mana-mana cakap pasal Anwar Ibrahim. Macam tidak boleh tidak cakap tentang Anwar Ibrahim.
 
Menurut Kak Wan Jijah lagi, semenjak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, ekonomi di Selangor telah meningkat sebanyak 6.1 peratus. Inilah sumbangan penasihat ekonomi. Dalam pada masa yang sama, telah membantu untuk meningkat ekonomi negara juga, katanya. Aduh...aduh...sedapnya cakap Kak Wan Azizah tu. Dan beliau menambah, dengan adanya Anwar Ibrahim sebagai penasihat maka negeri yang ditadbir oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu kekal sebagai penyumbang terbesar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, iaitu sebanyak 23.5 peratus. Jangan tipu le Kak Wan. Rakyat Kajang boleh le Kak Wan tipu dengan linangan air mata mu itu. 
 
Seterusnya Kak Wan turut menggunakan sidang DUN sebagai platform untuk menangkis dakwaan Anwar memperlekehkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu. Jelasnya, tindakan suaminya memberi reaksi tentang kehilangan pesawat itu adalah kerana mendapat jemputan untuk diwawancara oleh media asing. Kalau mula-mula kita melihat bagaimana reaksi kerajaan apabila tragedi MH370 berlaku, itu yang menjadi tanda tanya. Percanggahan fakta-fakta yang telah diberikan, katanya. Wan Azizah kemudiannya memperlekehkan tanggungjawab dan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan maklumat kepada wartawan tentang perkembangan usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut. Kalau dibandingkan dengan Perdana Menteri, dia memanggil sidang media dan juga tidak menjawab soalan, katanya. 

Tapi Kak Wan mesti ingat, lebih baik Perdana Menteri tidak menjawab soalan-soalan yang mana kesohehan belum terjawab daripada memberi jawapan yang palsu seperti yang diamalkan oleh Anwar Brahim. Kerjanya asyik menipu dan menipu serta memberi harapan yang tinggi mengunung. Akhirnya habuk pun tarak. Itu sebablah tuhan tidak mengizinkan Nuar Brahim menjadi Perdana Menteri, kot-kot nanti negara Malaysia ini pun dia lelong. Apapun Kak Wan, katalah apa kamu nak kata di sidang DUN Selangor tu. Kan Selangor ni bapak korang punya. Berbahaslah korang seperti syok sendiri yang mana penghuninya adalah beruk-beruk dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak pandai berbahas. Apa yang dibentang semuanya Hampehhhh!. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment