Pages

Friday, April 18, 2014

KECOH PASAL SPEAKER DUN SELANGOR KERACUNAN MAKANAN. SALAH UMNO JUGA KE?

JUMAAT, 18 APRIL 2014
Kecoh satu dewan bila berlaku keracunan makanan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh. Diberitakan hari ini beliau memaklumkan menamatkan perkhidmatan katerer setelah menerima banyak aduan keracunan semalam. Kesian katerer tu. Habis le mata pencariannya. Menurut Hanna katerer tersebut yang dipilih melalui tender terbuka telah berkhidmat menyediakan makanan sepanjang sidang DUN bermula 7 April lalu. Bagaimanapun, semalam pertama kali aduan keracunan makanan diterima. Katanya, mereka telah menyiasat, puas hati dengan siasatan daripada aduan wartawan, timbalan speaker, staf pejabat speaker dan beliau sendiri terkena keracunan makanan. 

Maka, mereka ambil keputusan untuk tidak meneruskan katerer itu dan akan mengambil katerer baru dalam sidang DUN akan datang. Alahai, apalah salahnya beri peluang kali kedua kepada katerer tersebut. Mungkin ada penyebab yang lain membuatkan perkara itu berlaku. Tapi, apa boleh buat. Dewan depa yang punya. Keputusan ditangan mereka. Apapun, jangan le pulak menyalahkan Umno dalam insiden tersebut. Kan apa, Pakatan Rakyat di Selangor ni selalu benar mencari kesalahan orang lain, terutamanya terhadap BN/Umno. Akhir kalam, IBM ucapkan selamat bersidang dan harap-harap tiada lagi berlaku keracunan dengan katerer yang baru. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment