Pages

Wednesday, April 16, 2014

KECOH!! PENYOKONG KEJO YEOP KEJO MENGAMUK DI STADIUM IPOH.

RABU, 16 APRIL 2014
IPOH: Seorang jurugambar akhbar New Straits Times cedera di kaki akibat dibaling objek keras dalam insiden kekecohan selepas tamat perlawanan Liga Super Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di sini pada Selasa malam. Ketika kejadian, Supian Ahmad sedang merakam foto kekecohan yang berlaku di dalam Stadium Perak. Sementara itu, kaki wartawan Sinar Harian, Razif Rosli (gambar kanan) terkena mercun manakala seorang anggota polis cedera di mata akibat dibaling objek. Selepas tamat perlawanan, penyokong JDT diminta agar tidak keluar dari stadium berkenaan terlebih dahulu kerana dikhuatiri berlaku kekecohan.

Bagaimanapun, kekecohan tetap berlaku yang menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan saling membaling pelbagai objek keras serta mercun. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melontar gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Perak yang tidak berganjak di luar stadium. Polis terpaksa mengiringi empat bas yang dinaiki penyokong dan pegawai pasukan JDT ketika keluar dari pekarangan stadium. Difahamkan, polis menahan empat penyokong Perak yang disyaki melakukan provokasi selepas perlawanan itu.
P/S ~ Apa nak jadi dengan peminat-peminat bolasepak tanah air sekarang ni. Dah mula nak jadi samseng bola. Kalau pasukan kesayangan and tu kalah, terima je lah. Kenapa sampai nak berperang dan bakar Stadium. Ini sampai ada yang tercedera. Apa ke jadahnya? Kan bodoh namanya tu. Akhirnya bila  ditangkap oleh pihak berkuasa, siapa yang kena? Jawap le sendiri. Hentikanlah perbuatan samseng tu. Jadilah penonton dan peminat sukan yang berhemah. Majulah sukan untuk negara. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment