LIVERPOOL memanfaatkan tiga kesilapan yang dilakukan oleh kapten Manchester City, Vincent Kompany untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan pasukan lawan 3-2 di Anfield, malam Ahad. Pasukan kendalian pengurus Brendan Rodgers itu kini berkelebihan lima mata di hadapan Chelsea yang menentang Swansea pada perlawanan berasingan, malam Ahad. City kini ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool dan menduduki tempat ketiga. Sekarang hanya tinggal empat perlawanan saja lagi untuk menentukan juara Liga Perdana Inggeris untuk musim ini tetapi City masih ada kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Philippe Coutinho melengkapkan kemenangan ke-10 berturut-turut Liverpool ketika perlawanan berbaki 12 minit selepas City bangkit ketikaketinggalan 2-0 untuk meletakkan kedudukan 2-2. Jaringan Raheem Sterling dan Martin Skrtel pada babak pertama meletakkan Liverpool di depan dengan 2-0. City bangkit menerusi jaringan David Silva pada minit ke-57 dan gol sendiri yang dijaringkan oleh Glen Johnson pada minit ke-62. Namun Coutinho melengkapkan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-78 selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Kompany.
Liverpool terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Jordan Henderson dilayangkan kad merah kerana mengasari Samir Nasir pada minit ke-90. Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur bagi memperingati ulang tahun ke-25 tragedi Hillsborough apabila 96 penyokong Liverpool terbunuh pada separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.
Liverpool terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Jordan Henderson dilayangkan kad merah kerana mengasari Samir Nasir pada minit ke-90. Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur bagi memperingati ulang tahun ke-25 tragedi Hillsborough apabila 96 penyokong Liverpool terbunuh pada separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.
Kemenangan Liverpool malam tadi harus kita kongsikan bersama dengan seorang peminat setia Liverpool (gambar atas) yang juga merupakan anak seorang Ketua Pramugara pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu. Dan, bapa beliau juga adalah peminat setia Liverpool. Ini antara tulisan dan rintihan beliau yang IBM petik dari sebuah portal tempatan :
["Anak perempuan Andrew Nari, ketua pramugara dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac lalu, menerima jersi Liverpool FC yang ditandatangani daripada kelab bola sepak itu. Dalam tulisannya di Facebook pada malam Sabtu, Maira Elizabeth memuat naik gambarnya memakai jersi Liverpool yang mengandungi tandatangan pemain dan pengurus pasukan itu. Jersi itu turut tertera dengan nama Andrew Nari berserta nombor satu.
"Rasa begitu diberkati! Ia berlaku dua hari atau hanya sehari sebelum perlawanan mereka menentang Tottenham Spurs beberapa minggu yang lalu. Baju ini diterbangkan dari Anfield. Hadiah ini benar-benar tidak ternilai. Ayah, ini adalah untuk anda," katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tiga peminat Liverpool Malaysia yang telah melalui beberapa cabaran bagi mendapatkan jersi yang ditandatangani.
"Akan dibingkaikan jersi ini. Saya tersentuh! Ayah, saya pasti anda akan menjadi insan yang paling gembira sekarang. Amat berharap ayah berada di sini, saya boleh bayangkan betapa gembiranya ayah, atau ayah mungkin menjerit. Hehe. Saya merindui ayah," katanya].
Tahniah sekali lagi Liverpool. Teruskan mencari kemenangan. Jutaan peminat mu sentiasa di belakang mu, kerana "You'll Never Walk Alone". Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment